Sekolah Menengah Chan Wa Sekolah Menengah Chan Wa

Chan Wa Online

Home E-mag

e-Mag

Perkembangan Selepas Kemerdekaan (1957-1989)

Sejajar dengan dasar pendidikan, beberapa perubahan telah dilaksanakan oleh sekolah antaranya ialah pelajar mendapat pendidikan 4 tahun untuk pelajaran Menengah Rendah dan 2 tahun untuk Menengah Atas. Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar. Semasa En. Mok Sum menjadi Pengerusi Lembaga Pengelola dan En. Yoong Ching Sze selaku guru hesar beberapa projek pungutan derma dilancarkan untuk membiayai perbelanjaan pembangunan sekolah. Antaranya mementaskan drama 'Keluarga Bahagia' pada 27 & 28 Julai 1967 untuk tabung Murid-murid Miskin Chan Wa. Pestaria, Malam Kebudayaan dan Pameran diadakan dalam usaha mengumpul wang untuk perpustakaan dan bilik makmal pada tahun 1968. Sebanyak RM50,000.00 telan dikumpulkan dan RM50,000.00 lagi telah disumbangkan olch Kementerian Pelajaran Malaysia. Drama 'Kerana Martabat' dipentaskan pada tahun 1970 dan hasiT kutipan tersebut digunakan untuk membeli alat-alat dan kemudahan blok bangunan baru. Pada tahun 1968, kelas aliran sains telah dimulakan. Blok perpustakaan dan makmal (Bangunan Kwong Shiu) siap dihina pada tahun 1969 dan dibuka rasmi oleh YB. Tun Tan Siew Sin, Menteri Kewangan Malaysia.

cbod009.JPG (9207 bytes)cbod010.JPG (9625 bytes)

Pada bulan Mac 1971, Tabung Murid-murid Miskin diadakan untuk membantu pelajar-pelajar miskin membiayai perbeTanjaan persekolahan mereka. Satu walkaton dirancangkan untuk tujuan mi dan rancangan mi merupakan cara memungut derma yang ulung kali di Malaysia yang kemudiannya dituruti oleh sekolah dan badan-badan kebajikan lain utuk memungut derma di Malaysia.

Persatuan Ihuhapa (PIBG) ditubuhkan pada 11 November 1973 untuk merapatkan perhuhungan di antara ibu bapa dengan pihak sekolah. Kelas aliran sains, kelas menaip dan mata pelajaran perdagangan diperkenalkan. Untuk mematuhi dasar pelajaran negara kita, tingkatan peralihan diajar dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Untuk menampung hilangan pelajar yang kian bertambah, Lembaga Pengelola Sekolah Chan Wa berusaha mengutip derma daripada masyarakat melalui Loteri Pembangunan Chan Wa. Sebanyak RM100,000.00 telah diperolehi dan telah membolehkan projek bangunan baru bertingkat 3 (26 bilik darjah) dilancarkan pada tahdn 1979 dan pembukaan rasmi oleh Timbalan Menteri Pendidikan YB. Dato' Chan Siang Sun pada 20 Mac 1982.

Pada tahun 1982, Tabung Pembangunan telah ditubuhkan dan sekolali bercadang untuk membina sebuah Dewan Serbaguna. Hanya pada tahun 1987 cadangan mi dapat dilaksanakan. YAB Dato Mohd Isa Hj. Abdul Samad telah merasmikan upacara meletakkan bata asas pembinaan dewan tersebut. Perbelanjaan pembinaan Dewan Serbaguna mi diperolehi me1alui program 'Larian Chan Wa' dan 'Malam Muzika' yang diadakan pada tahun 1989 dengan mendapat sokongan daripada PJBG, guru-guru, pelajar-pelajar dan orang ramai. Pada 22 Julai 1990, YB. Dato Sen Dr. Ling Liong Sik, Merteri Pengangkutan telah merasmikan upacara pembukaan dewan ini.

mapchanwa01.JPG (26281 bytes)yck

Mailto : smjkchanwa@po.jaring.my

Created By SMJK Chan Wa

Computer Club Students & Internet Team

Officially Launched on April 1999

07/21/01