Sekolah Menengah Chan Wa Sekolah Menengah Chan Wa

Chan Wa Online

Index | Principal's Desk | About | General Information |Picture | Staff | Extra Co-surriculum | History | PTA | More

 

 

 

 

 

 

Pada keseluruhannya tahun 1995/1996 adalah tahun yang baik bagi sekolah kami kerana pada tahun-tahun yang berkenaan, khususnya pada sesi persekolahan 1995/1996, sekolah kami telah mencapai kemajuan yang membanggakan dalam beberapa aspek.

 

 

Aspek Fizika

Pembinaan Blok Baru                                                                 chanwa3.jpg (7345 bytes)

Pada hujung bulan November 94 yang lalu, kami dapat memulakan kerja "piling" di tapak blok baru, bangunan empat tingkat, dengan kebenaran khas daripada pihak Majlis Perbandaran Seremban. Kerja "piling" yang berkenaan selesai pada pertengahan bulan Disember 94 yang lalu dan seterusnya ujian pemeriksaan atas "piling" yang telah disediakan pun dapat dijalankan. Pada hujung bulan Disember 94, pihak Majlis Perbandaran juga meluluskan pelan blok tersebut. Maka pihak Jawatankuasa Kecil Pembinaan Blok Baru dapat mengiklankan dalam dua akhbar tempatan pada pertengahan bulan Februari 95 menjemput kontraktor-kontraktor untuk mengemukakan tender bagi pembinaan blok tersebut. Disebabkan sambutan yang dingin dari kontraktor-kontraktor yang bertauliah, pihak sekolah terpaksa mengiklankan semula jemputan tersebut dengan beberapa kelonggaran syarat dalam bulan Mac 95 dengan harapan lebih ramai kontraktor dapat menyambut jemputan tersebut. Kerja pemilihan tawaran tender dijangka siap dalam pertengahan bulan April 95. Dari segi penyediaan tabung kewangan bagi Blok Baru kerja mengutip derma sebenarnya bermula pada bulan April 93, apabila kami bersama Sek. Ren. Jenis Keb. (C) Chan Wa membuat persediaan untuk menyambut Jubili Intan sekolah. Tabung pembinaan berkenaan mendapatkan satu tambahan yang mendadak sebanyak RM 150,000/- apabila YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri bersama dengan YAB Dato' Seri Utama, Tan Sri Hj. Mohd. Isa b. Dato' Hj.Abdul Samad Menteri Besar, N.S.D.K. membuat lawatan rasmi ke Sek. Men. Chan Wa untuk merasmikan upacara perletakan batu asas bagi Blok tersebut pada 4.1.94. Pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB Timbalan Perdana Menteri kerana meluluskan peruntukan yang berkenaan. Pada masa penulisan laporan ini, pihak sekolah berada dalam usaha mendapatkan wang tersebut dan dijangka duit itu akan dilepaskan tidak lama lagi.

 

Projek Penyelenggaran Bangunan Sekolah

Dalam bulan Ogos 94, sekolah dimaklumkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya bahawa Sek. Men. Chan Wa telah diberi peruntukan khas sebanyak $70,000/- untuk menjalankan kerja penyelenggaran bangunan sekolah. Peruntukan berkenaan adalah sebahagian peruntukan daripada YAB Timbalan Perdana Menteri ke Kementeriaan Pendidikan untuk memelihara bangunan sekolah, khususnya, bangunan dalam keadaan yang daif. Projek berkenaan dikendalikan secara terus oleh Jabatan Kerja Raya. Sekolah kami dapat menggunakan peruntukan berkenaan untuk menaikkan taraf lantai dan dinding di kantin sekolah dan menambahkan kipas dalam bilik-bilik darjah di Tingkat Satu, Blok Bilik Darjah Bertingkat Tiga dan di beberapa bilik lain yang strategik di sekolah. Projek-projek berkenaan pun telah selesai selepas Tahun Baru Cina. Maka pada masa ini murid kami dapat menikmati keadaan di kantin sekolah yang lebih bersih dan sihat dan juga mempelajari dalam bilik-bilik darjah yang lebih selesa.

 

Projek Penurapan Kawasan Lapang Yang Berada Di Bahagian Depan Sekolah Untuk Dijadikan Tempat Meletak Kereta

Pada bulan September 94 pihak sekolah dimaklumkan bahawa peruntukan bagi projek yang tersebut di atas yang kami pohon daripada YB Yim Chee Chong, Ahli Parlimen Kawasan Seremban pun telah diluluskan. Maka dengan pertolongan dari En. Yap Kok Khiam, seorang ahli Lembaga Pengurus Sekolah, kami dapat menghubungi En. Choo Fook Kim seorang ibubapa murid kami. Dengan pertolongan dari Syarikat En. Choo Fook Kim kami dapat selesaikan kerja tersebut pada pertengahan bulan November 94. Selepas itu dengan pertolongan daripada En. Soh Ti, juga seorang ahli Lembaga Pengurus Sekolah, kami berjaya mendapat lagi sebuah Syarikat Swasta untuk membuat garis bagi petak meletak kereta di atas tanah turap berkenaan. Maka dengan ini kami menambahkan lebih banyak tempat meletak kereta yang berkenaan. Tanpa pertolongan dari mereka saya pasti kami terpaksa belanja tidak kurang daripada $10,000/- sebelum kerja berkenaan dapat disempurnakan.

 

 

Aspek Pencapaian Akademik

 

Keputusan Peperiksaan SPM dan PMR 1994 menunjukkan bahawa kami telah berjaya memberhentikan kemerosotan pencapaian akademik sekolah sejak tahun 1990 bagi Peperiksaan SPM dan tahun 1992 bagi PMR/Peperiksaan SRP. Dalam PMR, kelulusan pada keseluruhannya dapat meningkat 3.4% berbanding dengan tahun 1993 walaupun bilangan peserta yang menyertai penilaian ini juga telah meningkat 11%. Di samping itu bilangan calon yang mendapat A atau lebih juga telah meningkat dari 61 ke 84 orang. Dalam peperiksaan SPM pula, peningkatan pencapaian pada keseluruhannya adalah 19.7% dengan 56.4% daripada mereka yang lulus memperolehi Gred I. Kelulusan peperiksaan SPM 1994 merupakan satu rekod baru bagi sekolah semenjak 15 tahun yang lalu. Semua ini berlaku kerana peningkatan penguasaan murid dalam Bahasa Malaysia (Bahasa Malaysia naik 4% dalam PMR dan 22.8% dalam peperiksaan SPM) sementara mengekalkan prestasi yang baik dalam mata pelajaran lain.

 

 Aspek Budaya Membaca

Kali pertama program menggalakkan murid membaca, telah menghasilkan beberapa orang pelajar yang berjaya mendapatkan hadiah dalam pertandingan membaca murid-murid sekolah menengah di peringkat daerah dan juga peringkat negeri.

 

 

Aspek Kegiatan Ko-kurikulum

Seperti biasa kegiatan ko-kurikulum merupakan aspek terkuat Sekolah Menengah Chan Wa. Sistem menggalakkan murid menyertai kegiatan ko-kurikulum, menyelaraskan aktiviti semua kelab, persatuan dan badan beruniform di Chan Wa, serta membaharui pucuk pimpinan kelab, persatuan dan badan beruniform tersebut telah mantap. Oleh kerana kami mempunyai lebih kurang 37 buah kelab, persatuan dan badan beruniform, pencapaian tiap-tiap badan yang berkenaan tidak akan disenaraikan di sini. Cukuplah dikatakan pencapaian mereka di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan telah mengharumi nama Sek. Men. Chan Wa dan memupuk semangat kekitaan yang kuat di kalangan pelajar. Memadailah jika dirakamkan di sini bahawa semua kelab, persatuan dan badan beruniform memainkan peranan untuk membentuk sahsiah ahlinya dan menjadikan mereka lebih bertanggungjawab, berdisplin, berdikari, yakin serta sanggup bekerjasana antara satu sama lain. Juga bagi murid yang berpotensi, badan berkenaan merupakan satu mekanisme untuk memperkembangkan sifat kepimpinan, kemahiran berinteraksi serta bakat yang ada pada mereka, di samping memupuk nilai murni seperti berkhidmat untuk masyarakat, hormat menghormati, faham memahami, tolong menolong dan sebagainya.

 

 

Aspek Membersihkan dan Mengindahkan Kawasan Dan Bangunan Sekolah

Seperti biasa kempen kebersihan oleh Kelab Pencinta Alam / Interact / Persatuan Seni telah menghasilkan satu kawasan sekolah dan bilik-bilik darjah yang lebih indah dan bersih. Walaupun demikian didapati nilai kebersihan yang hendak dipupuk tidak berkekalan dan akan meresap apabila kempen telah tamat. Maka lebih banyak usaha diperlukan termasuk mewujudkan satu sistem kawalan yang berkesan supaya kawasan sekolah, khususnya, kantin sekolah sentiasa dalam keadaan yang bersih.

 

 

Index | Principal's Desk | About | General Information | Picture | Staff

Extra Co-curriculum | History | PTA | More

Sekolah Menengah Chan Wa, Seremban.

Mailto : chanwa@tm.net.my

Created By SMJK Chan Wa

Computer Club Students & Internet Team

Supervised By: Mr Yip Chi Kiong

Officially Launched on April 1998