Sekolah Menengah Chan Wa Sekolah Menengah Chan Wa

Chan Wa Online

Home E-mag

e-Mag

SEJARAH SEKOLAH MENENGAH JENIS

KEBANGSAAN CHAN WA SEREMBAN

        Sejarah Penubuhan

Penubuhan sekolah Chan Wa mengharungi pelbagai rintangan dan pengalaman pahit tetapi dengan wujudnya ketabahan hati, pandangan jauh dalam memajukan anak-anak maka penubuhan sekoTah ini menjadi kenyataan.

Sejarah Chan Wa dibahagikan kepada 4 peringkat iaitu peringkat penuhuhan awal (1918-1941), perkembangan selepas Perang Dunia II (1946-1957), perkembangan selepas kemerdekaan dan 1957-1989, perkembangan tahun 1990an dari 1990-1999.

Penubuhan sekolah ini bermula dengan usaha membina sekolah rendab dahulu dan diikuti kemudiannya sekolah menengah. Nama sekolah Chan Wa berasal dan perkataan Chan Wa yang bermaksud Hiduplah masyarakat Cina, kembanglah masyarakat Cina dan hidup dengan penuh semangat yang membara'.

 

Penubuhan di peringkat awal (1918-1941)

Pada 21 Februari 1918 sekolah ini ditubuhkan dengan usaha pelopor-pelopor yang terdiri daripada En. Ng Shee Sheak, En. Wong Yik Tong, En. Teng Choo Shik, En. Ting Lee Tong, En. Chan Wei Chuan, En. Tham Peng Chee, En. Tham Loon, En. Tham Chong Choo, En. Wong Keng Tong dan En. Chu Kak Mun, En. Wong Tuan, En. Lee Yi, En. Liew Chee Poh, En. Tham Eoo Nam.

Persatuan Kwong Shiu telah menderma RM5OO.00 sebagai belanja penubuhan buat permulaan.

Sebuah kedai yang disewa di Jalan Kapitan Jalan Yeong (Jalan Temiang) dijadikan tempat belajar.

Pelajaran pereuma diberi kepada 30 orang murid oleh 2 orang guru dibawah pengelolaan guru besar yang pertama En. Chong San Tam.

Pertambahan bilangan murid-murid telah mendorong Persatuan Kwong Shiu menderma sebuah bangunan untuk dijadikan sekolah di 55, Jalan Murray. Pada tahun 1930, sebuah lagi bangunan di hadapan Hospital Wah Chai disewa dan digabungkan dengan Sekolah Koon Wan untuk menubuhkan sekolah rendah Chan Wa, Seremban.

Pada tahun 1934, dua buah bangunan di Jalan Campbell (Jalan Dr. Samuel) disewa dan kelas Tingkatan sata bermula. Pada tahun 1941, Persekutuan Tanah Melayu diserang oleh Jepun. Sekolah ini terpaksa dibubarkan dan segala perkakas sekolah turut dibinasakan.

Perkembangan selapas Perang Dunia 11(1941-1957)

Pada tahun 1946, usaha membina semula sekolah ini diteruskan oleb Lembaga Pengelola Sekolah dengan mendapatkan pinjaman untuk membeli sebidang tanah di Jalan Temiang. Jawatankuasa Pembangunan Sekolah ditubuhkan pada tahun 1948 untuk menguruskan projek mi. 8 buah bilik darjah didirikan di Temiang pada tahun 1949 dan 3 kelas Menengah Rendah 1 diadakan semula pada tahun 1952. Walaupun begitu masih tidak dapat menampung bilangan pelajar yang kian bertambah. 7 buah bilik darjah dibina lagi dan persekolahan hingga ke peringkat Menengah Rendah diadakan.

Pada tahun 1954, En. Lee Siew Hoo selaku Pengerusi Lembaga Pengelola menyeru masyarakat Cina membantu menubulikan Sekolub Menengub Atas. Seruan beliau mendapat sambutan yang menggalakkan dan ekoran daripada itu sebanyak RM2OO,000.00 telah dipungut. ini memudahkan pembinaan bangunan 3 tingkat yang terdiri daripada 14 buah bilik darjah, 2 bu~b pejabat, 1 buah makmal, 1 perpustakaan dan sebuah bilik sains rumahtangga. Pada tahun 1955, 2 kelas Menengab Atas dihuka.

Sekolah ini mengalami masalah kewangan apabila penyumbang utama sekolah ini En. Lee Siew Hoo meninggal dunia pada tahun 1956. Akhinnya pada tahun 1957, Lembaga pengurusan sekolah ini bersetuju menerima bantuan penuh dan kerajaan dan sekolah ini menjadi Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan. Mulai dan tarikh itu, sekolah rendah dan sekolah menengah ditadbir berasingan.

Sekolah rendah dipindahkan pada bulan Ogos 1966 apabila bangunan sekolah rendah siap dibina.

 

Perkembangan Selepas Kemerdekaan (1957-1989)

Sejajar dengan dasar pendidikan, beberapa perubahan telah dilaksanakan oleh sekolah antaranya ialah pelajar mendapat pendidikan 4 tahun untuk pelajaran Menengah Rendah dan 2 tahun untuk Menengah Atas. Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar. Semasa En. Mok Sum menjadi Pengerusi Lembaga Pengelola dan En. Yoong Ching Sze selaku guru hesar beberapa projek pungutan derma dilancarkan untuk membiayai perbelanjaan pembangunan sekolah. Antaranya mementaskan drama 'Keluarga Bahagia' pada 27 & 28 Julai 967 untuk tabung Murid-murid Miskin Chan Wa. Pestaria, Malam Kebudayaan dan Pameran diadakan dalam usaha mengumpul wang untuk perpustakaan dan bilik makmal pada tahun 1968. Sebanyak RM50,000.00 telan dikumpulkan dan RM50,000.00 lagi telah disumbangkan olch Kementerian Pelajaran Malaysia. Drama 'Kerana Martabat' dipentaskan pada tahun 1970 dan hasiT kutipan tersebut digunakan untuk membeli alat-alat dan kemudahan blok hangunan baru. Pada tahun 1968, kelas aliran sains telah dimulakan. Blok perpustakaan dan makmal (Bangunan Kwong Shiu) siap dihina pada tahun 1969 dan dibuka rasmi oleh YB. Tun Tan Siew Sin, Menteri Kewangan Malaysia.

Pada bulan Mac 1971, Tabung Murid-murid Miskin diadakan untuk membantu pelajar-pelajar miskin membiayai perbeTanjaan persekolahan mereka. Satu walkaton dirancangkan untuk tujuan mi dan rancangan mi merupakan cara memungut derma yang ulung kali di Malaysia yang kemudiannya dituruti oleh sekolah dan badan-badan kebajikan lain utuk memungut derma di Malaysia.

Persatuan Ihuhapa (PIBG) ditubuhkan paua 11 November 1973 untuk merapatkan perhuhungan di antara ibu bapa dengan pihak sekolah. Kelas aliran sains, kelas menaip dan mata pelajaran perdagangan diperkenalkan. Untuk mematuhi dasar pelajaran negara kita, tingkatan peralihan diajar dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Untuk menampung hilangan pelajar yang kian bertambah, Lembaga Pengelola Sekolah Chan Wa berusaha mengutip derma daripada masyarakat melalui Loteri Pembangunan Chan Wa. Sebanyak RM100,000.00 telah diperolehi dan telah membolehkan projek bangunan baru bertingkat 3 (26 bilik darjah) dilancarkan pada tahdn 1979 dan pembukaan rasmi oleh Timbalan Menteri Pendidikan YB. Dato' Chan Siang Sun pada 20 Mac 1982.

Pada tahun 1982, Tabung Pembangunan telah ditubuhkan dan sekolali bercadang untuk membina sebuah Dewan Serbaguna. Hanya pada tahun 1987 cadangan mi dapat dilaksanakan. YAB Dato Mohd Isa Hj. Abdul Samad telah merasmikan upacara meletakkan bata asas pembinaan dewan tersebut. Perbelanjaan pembinaan Dewan Serbaguna mi diperolehi me1alui program 'Larian Chan Wa' dan 'Malam Muzika' yang diadakan pada tahun 1989 dengan mendapat sokongan daripada PJBG, guru-guru, pelajar-pelajar dan orang ramai. Pada 22 Julai 990, YB. Dato Sen Dr. Ling Liong Sik, Merteri Pengangkutan telah merasmikan upacara pembukaan dewan ini.

Perkembangan tahun 1990an dan 1990-1999

Pada tahun 1991, permohonan bagi sebidang tanah di belakang sekolah seluas 0.7 hektar untuk padang sekolah telah diluluskan. Pada tahun 1992, YB En. Yim Chee Chong memperuntukkan RMT0,000.00 kepada pihak sekolah untuk meratakan kawasan lapang di belakang bangunan sekolah untuk dijadikan sebuah padang yang mengandungi balapan 200 meter. Pada bulan Februari 1993, buat kali pertama dalam sejarah, sekolah kita berjaya menganjurkan sukan tahunan sekolah di padang yang berkenaan.

Beberapa penguhahsuaian di sekitar sekolah turut dilakukan pada tahun 1992. Sebanyak RM 20,000 telah dibelanjakan untuk pengubahsuaian dewan sekolah. Bahagian depan pentas di dalam dewan sekolah diperluaskan. Sebahagian daripada kantin sekolah dijadikan bilik rehat bagi guru. Sebelali dalam dinding pagar belakang sekolah dibina 2 bilik salin pakaian bagi pelajar yang menyertai kelaskelas PJK. Bumbung bilik salin pakaian dilunjurkan ke kawasan padang sekolah untuk dijadikan sato pavilion dalam padang sekolah. Pengubahsuaian bilik darjah di sebelah bilik guru untuk dijadikan bilik guru kanan bidang juga dijalankan.

Pada tahun 1993, Lembaga pengelola sekolah telah memutuskan untuk membina bangunan 4 tingkat yang mengandungi l6bilik darjah keranabilangan pelajar semakin meningkat. Pada 5 Januari 1994, upacara perTetakkan batu asas bagi bangunan sekolah baru bertingkat 4 dijalankan oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri dan YAB Dato Seri Utama, Tan Sri Hj. Mohd Isa b. Hj. Abdul Samad, Menteri Besar NSDK. Timbalan Perdana Menteri telah menyumbangkan sebanyak RM 150,000 untuk pembinaan bangunan baru mi. Pada 12 April 1994, Dato' Sen Dr. Ling Liong Sik, Menteri Pengangkutan telah menjalankan upacara memecah tanah bangunan baru empat tingkat mi. Pada 26 Oktober 1994 satu jamuan raksaksa diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Seremban bertujuan memungut derma pembinaan bangunan blok baru. Pada hujung bulan Disember 1994, pihak MPS m~uluskan pelan blok tersebut. Pada bulan Mei 1996 blok baru siap dibina dengan perb~anjaan sebanyak RM 950,000. Pada bulan 1996, bangunan baru bertingkat empat telah m~a digunakan yang mengandungi bilik guru, bilik darjah, makmal sains, bilik kemahiran hidup, bilik komputer, mini dewan, bilik ketna bidang.

Satu peristiwa penting tentang perkembangan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chan Wa ialah cadangan pembukaan sek~ah cawangan. Pembukaan sekolah cawangan Sekolah Chan Wa mendapat perhatian dan sokongan daripada parti MCA, persatuan-persatuan masyarakat Cina dan masyarakat setempat. Fada tahun 1991, PIBG, Lembaga Pengelola Sekolah dan Persatuan Bekas Pelajar Chan Wa mencadangkan membuka sekolah cawangan Chan Wa kerana keadaan tempat di sekolah sekarang semakin sesat dengan bilangan pelajar yang semakin meningkat. Pada bulan Mac 1992, 3 badan mi menghantar surat cadangan kepada Perdana Menteri melalui Dato Sen Ling Liong Sik. Pada bulan Julai 1992 dengan bantuan Dato Wong See Wah Pengerusi MCA N.S., pihak sekoTah mengemukakan permohanan pembinaan cawangan sekolah Chan Wa secara rasmi kepada Kementerian Pendidikan. Dato Hon Choon Kim ahli Parlimen Seremban dan juga bekas pelajar Sekolali Menengali Jenis Kebangsaan Chan Wa telali dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa pembinaan cawangan sekolah mi. Pada 12 April 1995, Dato Sen Ling Liong Sik mengumumkan bahawa Perdana Menteri telah melulukan pembinaan sekolah cawangan. Pada tahun 1996, kerajaan Negeri Sembilan meluluskan permohonan Sekolah Menengali Jenis Kebangsaan Chan Wa menggunakan tanah seluas 8 ekar di Ulu Temiang sebagai lokasi pembinaan sekolah cawagan Chan Wa. Perbelanjaan yang amat besar diperlukan iaitu dijangka memerlukan RM 6 juta ruinggit. Sekolali mi dijangka mula dibina pada tahun 1998 dan dijangka siap pada tahun 1999. Namun apa yang dirancangkan tidak dapat dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan. mi adalah kerana pada penghujung tahun 1997, negara kita mulai menglami masalah kegawatan ekonomi. Tambahan pula, projek pembinaan Lebur raya Kajang-Seremban melibatkan kawasan pembinaan sekolah cawangan yang dirancangkan dan perlu menyelesaikan masalah perpindahan beberapa keluarga yang tingg~ di kawasan mi. Oleh itu sepanjang tahun 1998 dan 1999, ahlijawatankuasa pembinaan cawangan sekolah mi berusaha menangani masalali mi. Disebabkan pelan yang asal terjejas kerana pembinaan lebur raya maka satu pelan baru dilukiskan semula pada awal tahun 1999. Buat masa mi pelan mi telali dikemukakan kepada Majlis Perbandaran Seremban untuk dil~uskan. Beberapa aktiviti untuk memungut derma telah dilakukan oleh pihak sekolah, parti MCA, persatuan masyarkat Cina dan sumbangan serta sokongan orang perseorangan masyarakat Cina serta masyarakat setempat untuk menjayakan pembinaan cawangan sekolah Chan Wa. Dengan pembinaan sekolali cawangan mi, bermakna Sekolali Menengali Jenis Kebangsaan Chan Wa merupakan sekolah yang pertama di Negeri Sembilan yang mempunyai cawangan.

Sepanjang tahun 1994 sekolah kita telali melakukan penyelenggaraan bangunan sekolali. Pada Ogos 1994. Jabatan Kerja Raya memberi peruntukan khas sebanyak RM70,000 untuk tujuan mi. Lantai dan dinding di kantin sekolali telali dinaikkan taraf dan menambahkan kipas dalam bilik darjah di tingkat 1, blok bilik darjah bertingkat 3. Pada bulan September 1994, YB. Yim Chee Chong, Ahli Parlimen kawasan Seremban meluluskan peruntukan untuk projek penurapan kawasan lapang yang berada di bahagian depan sekolali untuk dijadikan tempat meletak kereta. Syarikat En. Choo Fook Kim dipertanggungkan melaksanakan tugas mi dan menyelesaikan kerja tersebut pada pertengahan bulan November 1994. Menggariskan petak meletak kereta turut dijalankan dengan bantuan daripada En, Soli Ti,

Pada tahun 1995, oleli sebab kesesakan lalu lintas di pintu masuk sekolali, satu pintu masuk ke sek~ah di sebelah kanan depan sekolah telah dibina dengan merobolikan tembok tersebut. Satu pintu kec~ dan lorong pejalan kaki turut dibina di sebelah kin depan sekolah. Perbelanjaan sebanyak lebih kurang RM 10,640 dibiayai oleb PIBG. PIBG turut menggunakan perbelanjaan sebanyak RM 17,280 untuk membina semula suing dewan sekolah pada hujung tahun 1996.

Pada tahun 1996 PIBG meneadangkan tanab kerajaan di belakang sekolah digunakan untuk perkembangan pembinaan sekolah. Satu jawatankuasa ditubuhkan dengan diketuai oleb ADUN En. Lee Yuan Fong. Pada Januari 1997, En. Lee Yuan Fong mengumurokan kerajaan Negeri Sembilan telah meluluskan 2.7 ekar tanah di belakang sekolah untuk perkembangan pembinaan sekolah Beliau mewakili Kerajaan Negeri Sembilan telah menyerahkan surat kelulusan tanah kepada pihak sekolah,

Pada bulan Ogos 1996, bangunan bilik guru larna dirobohkan dan gelanggang bola keranjang serta sistem perparitan tetah dibina semula dengan menggunakan perbelanjaan sebanyak lebih kurang RM70,000.

Pada 2 September 1997, bangunan barn empat tingkat telah dirasmikan oleh YAB. Data' Seri Utama Tan Sri. Mohd. Isa bin Dato' Hj. Abdul Samad, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. Pada malam 2 September 1997, satu jamuan raksasa telah diadakan untuk mengisi Tabung Pembinaan Sekolah Cawangan di Dewan Mailis Perbandaran Seremban.

Pada 20 Jun 1998, Pasukan Pancaragam sekotab telah mengadakan satu konsert di Dewan Majlis Perbandaran Seremban, Tujuan konsert ini adalah untuk mengisi Tabung Projek Perkembangan Sekolah. Jumlah derma yang berjaya dipungut adalah sebanyak RM200,000.

Pada 2 Oktober 1998, sempena ulangtahun ke-80 Sekolah Chan Wa. Lembaga Pengelola Sekolah dan PIBG Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chan Wa serta Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Chan Wa telah bersama-sama mengadakan majlis menyambut ulangtahun ke-80 dan Hari Guru di Dewan Majlis Perbandaran Seremban.

Pada bulan Januari 1999, aktiviti menanam rumput di padang sekolah telah dijalankan oleh pelajar-pelajar. Seterusnya pada bulan April, Lembaga Pengelola sekolah telah berusaba memperbaiki padang sekolah dengan menanam rumput dan menaburkan batu-batan. Tujuan adalah untuk menyediakan lebih banyak kawasan dan ruangan untuk pelajar menjalankan aktiviti dan tempat untuk meletakkan kereta.

Pada 30 Januari 1999, Kumpulan 24 Genderang telah ditububkan dengan secara rasmi. Sebenarnya sebelum penubuhan Kumpulan 24 Genderang mi, pada 25.1.1992 atas usaba guru penasibat dan pelajar-pelajar sekolah mi, Kumpulan Genderang 4 musim telah ditububkan. Kini kumpulan mi sering mengadakan persembaban atas jemputan dan mar atan dalam sekolah.

Pada bulan April 1999, Laman Web sekolah telah dimasukkan ke Internet apabHa Kelah Komputer sekolah telah berjaya meneipta Laman Web Sekolah di http://members.xoom.com/chanwa

Antara bulan April dan Mei 1999, Jabatan Pengairan dan Saliran Seremban telah membina pant konkrit di depan sekolah. Pibak Lembaga Pengelola Sekolah mengambil kesempatan mi membina semula pagar yang berbentuk tembok di depan sekolah. Satu pondok pengawal keselamatan turut dibina di depan pitan masuk sekolah.

Justeru itu mulai 1 Julal 1999, sistem trafik baru telah dimulakan. Kereta ibu bapa dilarang memasuki kawasan sekolah kecuali hari hujan. Tujuan perlaksanaan sistem trafik baru ini adalah untuk mengurangkan kesesakan lalulintas di sekitar kawasan sekolah dan menjamin keselamatan pelajar semasa masuk dan pulang dari sekolah (rujuk lampiran Sistem Aliran Trafik Baru). Demi memastikan keselamatan di kawasan sekolah, pibak PTBG telah mengupab 3 orang pengawal keselamatan untuk mengawal di pintu keluar masuk kawasan sekolah. Atas sumbangan PIBG mi, buat pertama kali dalam sejarab Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cban Wa mempunyal pengawal keselamatan pada ban siang dan malam.

Jelaslah terbukti perkembangan dan peneapaian Sekolah Menengab Jenis Kebangsaan Chan Wa adalah basil sumbangan daripada masyarakat. kerajaan. lebih-lebih lagi ibu bapa pelajar, ahli Lembaga Pengelola. PIBG, guru guru, bekas pelajar-pelajar Cban Wa, pelajar-pelajar dan sokongan orang ramai yang ingin melibat Sekolah Menengah Chan Wa kekal selama-lamanya.

7,

Mailto : smjkchanwa@po.jaring.my

Created By SMJK Chan Wa

Computer Club Students & Internet Team

Officially Launched on April 1999

07/21/01