Sekolah Menengah Chan Wa Sekolah Menengah Chan Wa

Chan Wa Online

Home Contents Sch Profile Introduction to Web E-mag What'ssmallnew.gif (926 bytes) FEEDBACK

Sejarah Perkembangan

21.2.1918 Sekolah Chan Wa mula ditubuhkan. Pada masa itu cuma terdapat 30 orang murid dan 2 orang guru di bawah pengelolaan Guru Besar yang pertama
1930 Sekolah Rendah Chan Wa Seremban ditubuhkan
1935 Pelancaran kelas Tingkatan I: peringkat Sekolah Menengah
1941 Sekolah ini dibubarkan apabila Jepun menyerang P.T. Melayu
1946 Selepas Perang Dunia II, Lembaga Pengelola Sekolah meneruskan usaha membangunkan sekolah semula
1948-1952 Jawatankuasa Pembangunan Sekolah ditubuhkan untuk menguruskan projek tersebut sehingga persekolahan Sekolah Menengah Rendah mula diadakan.
1954 En. Lee Siew Hoo, Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah, menyaran supaya Kelas Menengah Atas diadakan.
1955 Sekolah ini menjadi Sekolah Menengah sepenuhnya.
1956 Sekolah menghadapi masalah kewangan apabila penyumbang yang ulung meninggal dunia.
1957 Sekolah menjadi Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan dan mendapat bantuan penuh dari Kerajaan. Selepas itu, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah ditadbir secara berasingan.
1964 Pancaragam sekolah ditubuhkan.
1966 Bangunan baru Sekolah Rendah siap dibina.
1971 Tabung pelajar miskin diwujud untuk meringankan beban para pelajar miskin.
1969-1972 Bangunan Kwong Shiu (Sains dan Perpustakaan) siap dibina dan Tun Tan Siew Sin merasmikan pembukaan bangunan tersebut.
1973 Persatuan Ibubapa dan Guru telah ditubuhkan untuk merapatkan perhubungan ibu bapa dan pihak sekolah.
1979-1982 Projek Bangunan Baru Bertingkat Tiga  dilancarkan dan Dato Chan Siang Sun merasmikan pembukaan bangunan tersebut.
1987 Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Hj. Mohd. Isa bin Adbul Samad,  meletakkan batu asas Dewan Serbaguna.
22.7.1990 Pembukaan rasmi Dewan Serbaguna oleh Y.B. Dato Seri Dr. Ling Liong Sik, Menteri Pengangkutan.
1991 Permohonan tanah untuk dijadikan padang sekolah diluluskan.
1994 Upacara meletakkan batu asas Bangunan Baru 4-Tingkat.
1996 Bangunan Baru 4-Tingkat siap dibina. Program mengutip derma untuk membina cawangan SMJK Chan Wa mula dirancang. Kementerian Pendidikan meluluskan permohonan membina cawangan SMJK Chan Wa.
1997 Mengutip derma bagi membina cawangan SMJK Chan Wa. Kerajaan Negeri Sembilan meluluskan permohonan 2.7 ekar tanah kepada SMJK Chan Wa. Jawatankuasa Perkembangan SMJK Chan Wa ditubuhkan.
1997 Bangunan Lama Bilik guru diruntuhkan dan digantikan oleh gelanggang bola keranjang baru
Nov 1997 Menteri Besar Negeri Sembilan YAB Dato Seri Utama Tan Sri Hj. Mohd Isa bin Hj. Abdul Samad merasmikan pembukaan Bangunan Baru 4-Tingkat
1998  

Date last updated: 07/21/01

 

Sejarah Kelab Komputer

Milestones in the development of Chan Wa Computer Club

Tarikh Peristiwa
1995 School Examination results are computerized.
1996-1997 Syarikat Dynabook menjalankan kursus komputer
Nov 1997 Perasmian Bilik Komputer. Perasmian Chan Wa Cyber Corridor
Mac 1998 PIBG membeli dua komputer Pentium 200
Apr 1998 Sekolah mendapat perhubungan INTERNET. INTERNET VALLEY ditubuhkan
Mac 1999 PIBG membeli dua komputer Pentium Celeron 333, jumlah lima komputer
Apr 1999 HOME PAGE resmi sekolah didaftarkan. Sekolah memasuki Cyber Space.
Mar 2000 Pembelian dua komputer. Jumlah komputer sekarang adalah tujuh

Pembelian INTERNET station

Aug 2000 Wawasan Chan Wa Cyber Corridor digantikan oleh Wawasan Baru -- Pusat Sains Discovery
   

 

Index | Principal's Desk |About | General Information | Staff

Extra Co-curriculum | History | PTA | More

Sekolah Menengah Chan Wa, Seremban.

Mailto : smjkchanwa@po.jaring.my

Created By SMJK Chan Wa

Computer Club Students & Internet Team

Supervised By: Mr Yip Chi Kiong

Officially Launched on April 1999

Last Update: 07/21/01